Spurs kini mengalihkan perhatian kepada Xabi Alonso sebagai sasaran utama bagi calon pengurus baharu kelab itu.

Ini selepas Alonso cemerlang bersama dengan Bayer Leverkusen pada ketika ini.

Xabi Alonso – bekas maestro Liverpool dan Real Madrid – berjaya membimbing Bayer Leverkusen ke separuh akhir Europa League.

Selain daripada Alonso, pengurus Feyenoord, Arne Slot juga dalam senarai utama Tottenham.

Namun Telegraaf melaporkan bahawa Xabi Alonso sasaran utama Spurs berbanding Slot.

Xabi Alonso merupakan pengurus muda yang memiliki gaya pengurusan taktikal yang sangat baik.

Ketika bergelar pemain dia menjadi pemain tengah yang penting untuk sistem Guardiola di Bayern dan juga sistem Mourinho di Madrid yang jelas berbeza.

Spurs ketika ini dikendalikan oleh interim Ryan Mason. Yang akan dikembalikan semula ke pasukan pembangunan apabila kelab itu berjaya menemui pengurus tetap yang baharu.

Ini kali kedua Ryan Mason menjadi interim. Musim sebelum ini dia menjadi interim selepas pemecatan Mourinho.

Tottenham melepaskan Antonio Conte beberapa bulan lalu selepas pengurus itu mengecam mentaliti kelab dan juga pemiliki, Daniel Levy, secara terbuka.

Menurut Conte, Spurs tidak memiliki mentaliti kemenangan, yang membuatkan kelab itu lama kemarau trofi.

“Saya bukan orang seperti itu,” tegas Conte yang kegeraman ketika itu.

Tottenham perlu segera melantik pengurus baharu. Kerana beberapa pemain penting mereka seperti Harry Kane semakin menuju ke fasa akhir kontrak mereka.

Kane menjadi sasaran kelab seperti Manchester United. Daniel Levy sudah menyatakan bahawa Kane tidak akan dijual.

Dan yakin pemain itu akan terus kekal di Spurs dan memenangi trofi dalam masa terdekat di sana.